Sport

Chelsea gigit jari di Stamford Bridge

Pemain Everton, Ellis Simms (dua dari kanan) menjaringkan gol penyamaan pasukannya mengatasi penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga di Stamford Bridge, London. - Foto ReutersPemain Everton, Ellis Simms (dua dari kanan) menjaringkan gol penyamaan pasukannya mengatasi penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga di Stamford Bridge, London. – Foto Reuters
LONDON: Ellis Simms menyamakan kedudukan pada penghujung perlawanan ketika pasukan bergelut, Everton menambah semangat mereka untuk kekal di Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi keputusan dramatik 2-2 berdepan Chelsea awal pagi tadi.

Skuad kendalian Sean Dyche hampir kalah sehingga Simms meledak gol pertamanya buat kelab itu dan mendiamkan penyokong lawan di Stamford Bridge.

Everton menunjukkan semangat tidak mengalah selepas dua kali ketinggalan di barat London.

Joao Felix meletakkan Chelsea di depan pada awal babak kedua yang juga gol keduanya sejak dipinjamkan dari Atletico Madrid pada Januari.

Abdoulaye Doucoure menyamakan kedudukan diikuti gol ketiga Kai Havertz dalam tiga penampilan terakhirnya apabila pemain Jerman itu menyempurnakan penalti.

Pemain Everton, Abdoulaye Doucoure (kiri) jaringkan gol untuk menyamakan kedudukan 1-1. - Foto EPAPemain Everton, Abdoulaye Doucoure (kiri) jaringkan gol untuk menyamakan kedudukan 1-1. – Foto EPA

Simms dipinjamkan ke pasukan Liga Kejuaaan, Sunderland awal musim ini tetapi pemain berusia 22 tahun itu menunjukkan dia boleh menyelamatkan Everton dalam pertarungan di zon penyingkiran menerusi penyudah pentingnya.

Everton kini dua mata di atas zon penyingkiran selepas melebarkan rekod tanpa kalah kepada tiga aksi.

“Kami membawa masuk Ellis berdepan Liverpool dan dia sedikit bergelut tetapi dia kini semakin matang. Dia ada kepantasan dan kekuatan dan ia penamat yang baik,” kata Dyche.

“Sudah banyak dilakukan kerana kami kekurangan penyerang tetapi saya sudah katakan lama dahulu bahawa ia adalah usaha berpasukan. Pasti ada bakat. Kami ada asas yang boleh dibangunkan.”

Ia malam yang mengecewakan buat Chelsea ketika skuad kendalian Graham Potter melepaskan peluang untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam semua kejohanan.

“Kami rasa sudah bermain baik untuk mendapatkan tiga mata tetapi jika anda tidak bertahan dengan bagus, anda tidak akan dapat keputusannya,” kata Potter. – AFP

Pemain Chelsea, Kai Havertz (kanan) meraikan jaringan gol kedua pasukan. - Foto APPemain Chelsea, Kai Havertz (kanan) meraikan jaringan gol kedua pasukan. – Foto APPemain tengah Chelsea, Conor Gallagher (tengah) bersaing dengan dua pemain Everton, Idrissa Gueye (kiri) dan Michael Keane. - Foto AFPPemain tengah Chelsea, Conor Gallagher (tengah) bersaing dengan dua pemain Everton, Idrissa Gueye (kiri) dan Michael Keane. – Foto AFP

source: bharian.com.my

Related Posts

“Shirtless” Tiger Woods Impressed Mark O’Meara & Friend Once With His Surprising Display of Talent

What do you think about the bond between Tiger Woods and Mark O’Meara? O’Meara calls him “little brother” meanwhile they have also played alongside him for years. While…

Scottie Scheffler follows in Tiger Woods’ footsteps after caddie decision

Masters champion Scottie Scheffler has won more than $62 million in prize money alone this year – with his caddie Ted Scott needing an accountant due to his…

Rory McIlroy Ends Alleged Beef With Tiger Woods by Protecting Him From ‘Greed’ Allegations

The golf world has no shortage of topsy-turvy news right now, especially with the $3B merger looming over. As the PGA Tour-PIF merger talks have taken a contentious…

PGA Tour players’ demand to LIV Golf defectors shows how far away merger still is

A fresh claim has emerged about one of the major sticking points amid ongoing talks between both parties over the proposed PGA Tour and LIV Golf merger amid…

Petty, Vindictive & Greedy’: Golf Reporter Shreds Tiger Woods Over Jon Rahm Mistreatment

The golf world recently got struck with a major thunderbolt update on the PGA Tour-LIV Golf merger. PGA Tour players are now demanding reparations from golfers who defected…

‘PGA Tour Players Want Jon Rahm to Return LIV Golf Money’: Insiders Spill Apalling Reason Behind Merger Failures

Remember the delay between the PGA Tour-LIV merger that has the entire golf world in a chokehold? The drama is taking another turn with PGA Tour players demanding…