Cody Gakpo akan menyerlah apabila dia dapat menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris (EPL), kata Wesley Sneijder.
Penyerang berusia 23 tahun itu telah melakukan lima penampilan bersama skuad bimbingan Jurgen Klopp berkenaan sejak tiba daripada PSV bulan lalu tetapi masih gagal mendaftarkan sebarang gol atau bantuan jaringan, pada ketika The Reds kian teringgal di pertengahan liga dan tersingkir daripada saingan Piala FA.
Gakpo merekodkan sembilan gol dan 12 bantuan jaringan dalam 14 perlawanan Eredivisie musim ini sebelum berpindah ke Anfield tetapi dia setakat ini gagal mengulangi kehebatannya di England.
Bercakap kepada Stats Perform, bekas pemain kebangsaan Belanda, Sneijder, meluahkan mengenai kepercayaannya bahawa Gakpo merupakan seorang pemain yang hebat dan boleh membantu pasukannya kembali melonjak naik musim ini.
“Sudah pastu saya yakin (dia boleh menyerlah di Liverpol). Ia sentiasa sukar untuk bertukar kelab pada pertengahan musim. Anda tidak memiliki masa untuk menyesuaikan diri.
“Kebiasaannya, apabila anda menyertai pasukan baru pada pramusim, anda memiliki waktu yang lebih panjang untuk menyesuaikan diri dengan sistem baru, menyesuaikan diri dengan negara baru dan menyesuaikan diri dengan segala-galany, termasuk bola sepak di England.
“Kini, dia tiba dan terus bermain, jadi ia agak sukar dan kita perlu memberikannya sedikit masa kerana dia seorang pemain yang hebat dengan perkembangan yang besar,” katanya.
Source: stadiumastro.com