Sport

Arsenal ada ‘senjata’ bedil Manchester United

LONDON: Arsenal membawa misi serampang dua mata, ­bukan sahaja mahu mengukuh­kan kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris, malah membalas dendam terhadap satu-satunya lawan yang me­ngalahkan mereka musim ini apabila berdepan Manchester United di Emirates hari ini.

Kehadiran dua ‘senjata’ baharu iaitu penyerang, Leandro Trossard (Brighton) serta pertahanan Poland, Jakub Kiwior (Spezia) yang baru tiba 48 jam lalu akan menjadi tonik tambahan buat pengendali Gunners, Mikel Arteta.

Trossard, 28, tonggak Piala Dunia Belgium diharap menjadi penyelesaian terbaik buat Arsenal di posisi penggempur memandangkan Gabriel Jesus masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan lutut, dan penggantinya, Eddie Nketiah belum menunjukkan persembahan memberangsangkan.

KEHADIRAN Leonardo Trossard menajamkan jentera serangan Arsenal.

“Kami amat gembira berjaya mendapatkannya (Trossard), dia tahu mengenai liga ini dan saya rasa dia mampu memberi impak segera buat pasukan.

“Saya rasa dia mempunyai semua kualiti diperlukan, seorang pemain bijak dan anda ­lihat apa yang sudah dilakukan sejak beberapa tahun lalu, dia sesuai dengan gaya permainan kami,” kata Arteta.

Arsenal juga dalam momentum terbaik apabila belum tewas dalam 12 perlawanan ter­akhir, dengan terbaru, ­menang 2-0 ke atas jiran mereka, ­Tottenham, Isnin lalu.

Sementara itu, pengendali United, Erik ten Hag berkata, pasukannya tahu bagaimana hendak mengalahkan Arsenal dan berazam membawa ­pulang kemenangan berganda selepas menewaskan Gunners 3-1, ­September lalu. Begitupun tugas Red Devils kali ini tidak mudah.

Mereka kehilangan bintang ­tengah, Casemiro yang digantung perlawanan, selain diikat 1-1 oleh Crystal Palace dalam aksi terakhir liga dan bakal bertandang pula ke tempat ­lawan.

Berada di tangga ketiga liga dengan 39 mata, lapan mata di belakang Arsenal, Ten Hag ­dijangka mempertaruhkan ­penyerang Belanda, Wout ­Weghorst yang membuat penampilan pertama ketika berdepan Palace.

“Kami pernah menewaskan Arsenal tanpa Casemiro dan kami akan melakukan perkara yang sama kali ini.

“Casemiro merupakan ­pemain penting untuk pasukan, dan antara penyebab utama kami kini berada di kedudukan sekarang,” jelas Ten Hag.

Source: utusan.com.my

Related Posts

‘I played against Jack Nicklaus – this is what I think about Tiger Woods GOAT debate’

Jack Nicklaus and Tiger Woods are two of the all-time greats, but who boasts the better career? Jack Nicklaus and Tiger Woods at the 150th Open Championship. (Image:…

Rory McIlroy provides damning stance of LIV Golf and PGA Tour stars over merger

A report earlier this week claimed that PGA Tour players were demanding that LIV Golf members handed the money they had earned from the Saudi league back in…

Tiger Woods labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over latest PGA Tour rumour

PGA Tour golfers Tiger Woods and Patrick Cantlay were labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over the latest rumour surrounding the LIV Golf League. Prominent golf journalist Alan Shipnuck…

Despite Tiger Woods & Co’s ‘Vindictive’ Actions, Bryson DeChambeau Proves He’s the Bigger Person With PGA of America Gesture

On September 17, the PGA of America made a statement ahead of the Presidents Cup. Despite LIV Golfers already being allowed to compete at the Ryder Cup and…

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement: ‘Were They Not Eligible Before?’ There has been no update on the PIF merger so far….

‘Insane’ Tiger Woods Accusation From Open Championship Commentator Leaves Fans Demanding Punishment

Tiger Woods has been a major talking point ahead of the 2024 Open Championship at Royal Troon, with former pros and pundits alike questioning the 48 year old’s…